Thursday, October 22, 2009

Kelas HBS i-406 Level 1

Kursus Rahsia Tarikh Lahir December 2009
Pihak kami akan mengadakan Kursus Rahsia Tarikh Lahir seperti berikut :

Tempat : MEDEC, Blok 13, Intekma Resort & Convention Center, Sek 7, Shah Alam.
Hari : Ahad
Tarikh : 5hb Disember 2009
Masa : 9.00 am - 4.00 pm
Peserta : 25 orang

Kami hanya hadkan kepada 25 orang untuk setiap sesi

Yuran : RM150 Termasuk makan & Sijil


Modul Program Metafizik i-406 – HBS Level 1
Bahagian A – Pengenalan, Falsafah Dan Mengenal Diri
 Pengenalan: Ilmu Falsafah & Sains Metafizik
 Falsafah Tenaga Dalam Kehidupan (‘Everything in this univers is energy’)
 5 elemen tenaga alam
 Interaksi antara elemen tenaga
 Falsafah Tenaga Dalam Diri Manusia
 Personaliti & Tingkahlaku
 Falsafah kejadian & kehidupan Nabi Adam sebagai pemula kehidupan
 Turutan peristiwa, kod nombor & tenaga metafizik
 Mengira tenaga diri menggunakan ‘segitiga phytogoras’
 Analisa Kod tenaga Diri - Patern/corak tenaga
 Elemen tenaga diri, tenaga personaliti & tenaga tingkahlaku
 Kekuatan & kelemahan diri

Bahagian B – Tenaga Diri & Perniagaan
 5 jenis elemen perniagaan/industri
 Jenis perniagaan/kerjaya yang sesuai dengan tenaga diri
 Tenaga usahawan anda – pemimpin & perancang/operasi/pemasar/perunding/sosial
 Mengoptimakan tenaga diri & Memaksimakan kejayaan
 3 faktor intelektual – ilmu, network & persekitaran
 2 faktor spiritual – kebajikan dan keagamaan
 Cara mendapatkan rakan kongsi perniagaan yang sesuai
 i. faktor komersial/ekonomi
 ii. serasi & cabaran
 iii. bertanggungjawab & rajin
 Mendapatkan pelanggan yang sesuai – serasi dan jangkamasa panjang
 Pendekatan kaunseling dalam mengawal tenaga diri

Hidup dalam Zon ‘Tenang, Bahagia & Berjaya’..
1. Bangunkan potensi / kekuatan diri
2. Minimakan kelemahan diri
3. Buka halangan (block) tenaga tubuh
4. Berkawan / network yang betul
5. Kawasan operasi / arah geografi yang betul
6. Industri niaga / karier yang betul
7. Rakan kongsi niaga yang betul
8. Pelanggan yang betul
9. Masa (tahun / bulan / hari) yang betul

Selain membongkar rahsia & potensi diri anda juga akan ditunjuk ajar mengenalpasti perkara-perkara berikut :

Cara Pengiraan Tarikh Lahir, kaedah yang mudah dan berkesan

Hubungan Anda dan Unsur, setiap unsur mempunyai kekuatan masing-masing

Kitaran Sokongan, mengenalpasti siapakah yang sering menyokong (membantu) anda

Kitaran Kawalan, mengenalpasti siapakah yang sering mengawal anda dan anda mengawal siapa

Cara Membaca Pola-Pola Tarikh Lahir, kaedah dan cara membaca pola-pola nombor yang terdapat di dalam tarikh lahir anda

Kekuatan Diri, mengenalpasti kekuatan diri yang ada pada anda dan mempergunakannya untuk melonjakkan potensi diri

Kelemahan Diri, mengenalpasti kelemahan diri yang ada pada anda untuk diperbaiki dan berubah

Cara Mengira Arah Kejayaan, boleh dipergunakan untuk mencari kekayaan dan kejayaan

Gabungan 2 atau Lebih Tarikh Lahir, anda boleh gabungkan tarikh lahir anda untuk mempertingkatkan potensi diri


Siapa yang Patut Hadir Kursus Ini?

Sudut Perniagaan :

1 - Ketua-ketua Jabatan Sumber Manusia, supaya mereka dapat mengenalpasti kakitangan yang bagus, berpotensi dan paling sesuai bagi sesuatu jawatan dan mengetahui samada seseorang kakitangan itu berkeperibadian jujur atau luhur. Ia amat bermanfaat untuk sesebuah syarikat.

2 - Sesiapa yang terlibat di dalam perniagaan, sekurang-kurangnya mereka dapat mengetahui individu-individu yang patut mereka berurusan dalam perniagaan. Mereka juga seharusnya mengetahui hala tuju syarikat mereka.

3 - Majikan, supaya dapat mengenali perwatakan kakitangan mereka serta ketulusan rakan kongsi perniagaan.

Pencapaian Peribadi :

1 - Mengetahui siapakah sahabat anda.
2 - Mengetahui masa yang sesuai untuk menggunakan peluang - kekayaan.
3 - Mengetahui takdir orang yang dikasihi dan membimbing mereka sejak kecil.
4 - Mengetahui bagaimana untuk memilih pasangan hidup yang ideal.
5 - Mengetahui hala tuju terbaik dan sektor kekayaan anda.

Perhubungan :

1. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan.
2. Mengetahui sekiranya terdapat pergolakan di dalam perkahwinan atau penceraian dan mengambil langkah kawalan.
3. Mempelajari cara mengelakkan perpecahan di kalangan keluarga.
4. Mempelajari cara menjalinkan persahabatan yang sihat dan mengelakkan rakan yang tidak baik.


Frequently Asked Quesstion:

1. Q: Apakah itu ilmu Sains Tingkahlaku Manusia (Human Behavioral Science - HBS)?
A. Adalah ilmu yang berasaskan kepada sains kepenggunaan metafizik (the applied science of metaphysic) melalui kajian analisa sistematik personaliti dan tingkahlaku manusia terhadap corak tenaga metafizik diri yang dimiliki. Merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan di dunia. Adalah hasil penyelidikan dari pelbagai ilmu seperti numerology (India), Book of I-Ching (China), kajian falsafah Al-Farabi dan Ibnu Sina serta kajian saintifik Sains Tingkahlaku Manusia (HBS)

2. Q: Apakah itu Metafizik ?
A. Metafizik adalah sebahagian daripada ilmu falsafah, yang berkaitan dengan kajian tentang fenomena realiti alam dan fitrah kehidupan serta kaitannya dengan hukum-hukum tabii alam (secara langsung atau tidak). Disiplin ilmu metafizik termasuklah pengkajian tentang Kosmologi (teori kejadian alam semesta), Ontologi (teori realiti alam fizikal) dan Epistemologi (teori kewujudan ilmu)

3 Q: Mengapa kita perlu ketahui dan memahami tenaga metafizik diri?
A. Kehidupan hari ini perlu dilihat secara berhikmah dan melangkaui sifat fizik. Setiap manusia memiliki pola tenaga diri tertentu yang memungkinkan mereka berpesonaliti dan bertingkahlaku tertentu. Ilmu metafizik HBS ini membolehkan anda mengenali diri dengan lebih baik, seterusnya merancang dan fokus kepada kehidupan yang harmoni & bahagia, serta memahami drama kehidupan diri yang telah lalu (menemui ketenangan).

4. Q: Apakah itu Pola Tenaga Diri ?
A. Adalah pelbagai jenis corak tenaga yang dimiliki secara metafizik yang mempengaruhi kehidupan kita. Pola tenaga ini bersifat dinamik dan pelbagai ragam (Quantum) dan merupakan faktor sebenar yang mempengaruhi personaliti dan tingkahlaku seseorang.

5. Q: Adakah ilmu metafizik HBS ini sama dengan fungsui atau numerologi atau ilmu menelek nasib lainnya?
A: Ilmu ini bukanlah bermaksud menelek nasib atau ramalan sepertimana yang pernah di salah anggap, tetapi bersifat saintifik dalam mengenalpasti potensi tenaga (potential energy) yang terdapat pada diri seseorang, sebagaimana ragam elektron terhadap atomnya, begitulah ragam tingkahlaku terhadap jasadnya. Panduan dari pola tenaga diri ini amat berguna, seumpama kita sebagai pemandu yang sedang memandu, berpandukan tanda-tanda jalan (sign board) sebagai panduan untuk sampai ke tempat yang dimatlamatkan.

6. Q: Didapati bahawa ilmu metafizik ini telah ramai yang membawanya di pasaran. Apa bezanya ilmu metafizik HBS ini berbanding dengan yang lain ?
A: Tidak dinafikan bahawa telah terdapat pelbagai aliran/cabang/mazhab dalam ilmu metafizik mengenal diri ini yang dipelopori oleh individu tertentu. Ilmu sebenar dikenali sebagai Sains Kepenggunaan Metafizik, Sains Tingkahlaku Manusia (The Applied Science Of Metaphysics in Human Behavioural Science) [HBS] yang telah diasaskan di bawah penyelarasan Persatuan Anggota Akademik Melayu (Warisan Akademik), Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Master Muslee & Master Fadilah memiliki sijil peringkat Mastery Skill dan layak digelar Master Practitioner dalam pengamalan ilmu ini dan mereka masih meneruskan kajian dibidang tersebut.

7. Q: Apa sebenarnya yang dikaji oleh ilmu sains metafizik HBS ini?
A: Setiap makhluk atau benda yang berada di alam semesta ini tertakluk kepada faktor ‘masa & ruang’ (time & space) dan setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah tenaga (everything in this universe is energy). Pengkajian sebenarnya adalah tentang perjalanan kehidupan insan selaku manusia yang perlu memakmurkan kehidupan di dunia ini. Asal insan adalah dari roh/spirit yang diciptakan oleh Tuhan dan kehidupan roh tersebut berkaitan dengan ‘tenaga’ yang dibawa serta tertakluk pula kepada ‘masa & ruang’. Faktor masa merujuk kepada tempoh masa mula/lahir hingga tamat/mati seseorang. Faktor ruang (space) merujuk kepada ruang kehidupan roh yang dimasukkan ke dalam jasad/tubuh dan dilahirkan di tempat (geografi) tertentu di dunia ini.

8. Q: Apa istimewanya ilmu Metafizik HBS ini ?
A: Kita boleh mengenal personaliti dan tingkahlaku seseorang dengan mudah kerana kajian personaliti seseorang itu dapat dilakukan tanpa perlu menjalani ’ujian personaliti diri’ sepertimana kaedah psychometric biasa di pasaran, malah analisa metafizik HBS dapat memberikan peratus ketepatan yang lebih tinggi dan praktikal kerana ia melibatkan pola tenaga metafizik diri seseorang.

9. Q: Bagaimana caranya ilmu metafizik HBS dapat mengkaji pola tenaga metafizik diri seseorang?
A: HBS dapat mengenalpasti pola tenaga diri (potential energy) seseorang berdasarkan kod-kod tenaga yang terhasil dari analisa formulasi kiraan tarikh lahir (menggunakan Takwim Masihi). Kod-kod pola tenaga diri itu akan dianalisa dan kemudiannya ditafsir mengikut ilmu falsafah dimana kehidupan setiap manusia itu sebenarnya sama sepertimana yang telah dilalui oleh nabi Adam selaku pemula kehidupan insan. Selagi bernama manusia, kita mengalami drama kehidupan yang telah difitrahkan, mengikut qadar yang telah ditetapkanNYA.

10. Q : Apa yang dimaksudkan dengan tenaga metafizik diri dan kaitannya dengan personaliti dan perlakuan (perilaku dan tingkahlaku) seseorang ?
A : Setiap orang memiliki tenaga metafizik diri yang mempengaruhi emosi dan perlakuan mereka. Sikap ‘seronok dan sedih’ adalah contoh dua situasi emosi bertentangan yang sebenarnya menunjukkan adanya dua pola tenaga metafizik positif & negatif tersebut, lalu dizahirkan menjadi perlakuan gembira atau bersedih pada diri pemilik tenaga tersebut. Tahap kekuatan (intensiti) tenaga metafizik seseorang amat bergantung kepada faktor ilmu, rakan taulan (networking) dan persekitaran (environment) serta tahap spiritualiti diri mereka.

11. Q : Mengapa pengkajian sains metafizik HBS ini menggunakan tarikh/takwim Masihi dan bukan tarikh/takwim Hijrah ?
A : Pengkajian sains metafizik HBS adalah kajian yang melibatkan sains tenaga. Tenaga berada di mana-mana dan tidak boleh dimusnahkan (e = mc2 = hf) serta bersifat kuantum (Quantum Physics), manakala falsafah ilmu ini merujuk kepada kiraan faktor ‘masa & ruang’ (time & space) kehidupan seseorang di dunia ini. Takwim Masihi digunakan kerana ianya berkaitan sifat matahari selaku punca tenaga dan faktor kedudukannya di sistem solar yang dijadikan rujukan dalam penentuan masa serta mempengaruhi tenaga kehidupan di bumi ini (seperti kajian ilmu falak, astronomi dan sebagainya).

Allah berfirman didalam surah Yunus ayat 5 yang bermaksud "Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya, dan Dialah yang menetapkan tempat orbitnya, supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa... "

12. Q : Sejauh mana kebenaran ilmu ini ?
A : Secara amnya, dari kajian yang telah dilakukan, didapati peratusan kebenaran pola tenaga diri terhadap seseorang itu adalah 90% bagi orang lelaki. Manakala pada wanita adalah 70% sahaja. Perbezaan ini kerana kehidupan seorang wanita itu biasanya tertakluk kepada faktor kesedaran agama, moral atau budaya yang membataskan tingkahlaku ekstrim mereka.

13. Q : Bagaimana pula 2 orang yang sama tarikh lahir tapi mereka agak berbeza personalitinya apabila diperhatikan?
A : Dari kajian HBS ini, mereka yang lahir pada tarikh yang sama sebenarnya memiliki tenaga personaliti (energy track) atau ‘life path’ yang sama. Yang berbezanya adalah tahap intensiti tenaga emosi semasa mereka menjalani drama kehidupan (corak dan bentuk drama) masing-masing. Perbezaan drama kehidupan tersebut tertakluk kepada cara mereka dibesarkan dan faktor ilmu, rakan taulan (sosial, networking) dan persekitaran (environment) serta tahap spiritualiti diri mereka.

14. Q : Mengapa dalam kajian metafizik HBS ini mempunyai 5 elemen alam (tanah, api, air, kayu dan besi) dan bukannya 4 elemen yang biasa kita dengar iaitu Api, Air, Angin dan Tanah ?
A : Kajian metafizik HBS adalah kajian yang melibatkan fitrah biologi tubuh manusia (atas sifat jasad/tubuh) iaitu kajian terhadap jisim (mass) tubuh. Tubuh badan manusia ini bersifat seperti mikrokosmic dan elemen tenaga yang ada padanya adalah sepertimana elemen tenaga alam iaitu tanah, api, air, kayu dan besi yang boleh dipandang, dipegang dan diukur dengan mata kasar. Kajian diri manusia yang mengatakan unsur tenaga diri manusia itu ada 4 sebenarnya adalah pengkajian diri yang bersifat spiritual iaitu melibatkan soal roh (elemen angin). Kami tidak menafikan kebenaran kajian spiritual diri tersebut, tapi itu bukan yang ingin dibicarakan pada HBS.

15. Q : Mengapa ada arah kejayaan diri dalam metafizik HBS? Nampak seperti ilmu fung sui !
A : Arah kejayaan diri merupakan fitrah jasad tubuh manusia bertindak dan beriaksi terhadap arah tertentu. Bergantung pada pola tenaga individu, personaliti dan tingkahlaku mereka akan memberikan reaksi yang berbeza pada arah-arah yang berbeza. Itu sebabnya dalam Islam ada konsep hijrah dimana kita perlu berhijrah keluar dari zon semasa kiranya zon tersebut memberikan network dan suasana yang tidak baik atau tidak menguntungkan. Jika beribadat ada arah KiblatNya, maka kejayaan diri pun ada arahnya juga. Berkenaan dengan fung sui, kami tidak tahu dan tidak ada komen tentangnya.

Ramai dari kita hari ini seolah-olah memperjudikan nasib dalam berhubungan dengan seseorang demi untuk cuba mendapatkan pasangan hidup yang sesuai dan kekal lama, tetapi malangnya berakhir dengan kehampaan dan cerai-berai. Melalui analisa metafizik HBS, kini anda dapat mengurangkan faktor berjudi dalam kehidupan anda dan fokus kepada matlamat hidup bagi mencapai ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan diri.


PEMBAYARAN
Untuk memastikan tempat anda di dalam kelas berikut, anda boleh membuat pembayaran secara bank-in kepada :
Maybank akaun : 1120 2647 2249 Muslee Abdullah

Setelah pembayaran dibuat, sila sms butiran berikut kepada
Master Muslee 016-2293042
SMS maklumat berikut :
1 – Nama penuh anda :
2 – No IC :
3 – Seq No Transaksi:
4 - Nama Referal : Hasri
5 - Tarikh & Masa Pembayaran :
6 – Jumlah : RM150
7 - Tarikh & Lokasi Training

Nota : Sekiranya anda tidak mempunyai referal, Anda boleh gunakan ‘Hasri’ sebagai referal anda.
Master Muslee akan smskan kembali no resit pembayaran anda.
Hanya gunakan no resit semasa pendaftaran di hari kelas.


Contoh SMS:
Nama : SiTi Nur Hasnah Binti Abdullah, No IC : 310766 13 9999, Seq 3454, Ref : Hasrizan, Tarikh : 23102009 4 :01 pm, RM150 Intekma Resort 291109

Anda pasti teruja dengan ketepatan melebihi 90% dan bagaimana ilmu ini bakal membantu anda dalam kehidupan.

Nota : Anda dinasihatkan membuat pembayaran paling lewat 3 hari sebelum kelas untuk memastikan tempat anda di dalam kelas tersebut. Sekiranya anda tidak dapat menghadiri kelas yg tersebut, Sila maklumkan 3 hari lebih awal supaya kami boleh memasukkan anda ke dalam kelas yang berikutnya menggunakan no resit yang sama.